Ilmu Menjinak Buaya Pawang Melayu



Salah satu kepandaian orang Melayu semenjak dahulu adalah menjinakkan & menundukkan haiwan liar , Biasanya setiap individu tertentu mewarisi ilmu tersebut daripada ayah ataupun datuk mereka , Mereka juga mempunyai cara tersendiri untuk berinteraksi ataupun berkomunikasi dengan haiwan buas/liar. Setiap pawang buaya mempunyai mantera khusus untuk memanggil buaya. 

Kalau ikut apa yang diberitahukan oleh pawang buaya , Semenjak dahulu orang melayu meyakini buaya boleh mendengar dan faham apa yang dibualkan manusia , Tidak kira samaada manusia itu sedang berada di tebing atau darat , Buaya boleh mendengar.

Buaya tidak menyerang manusia untuk dijadikan makanan , Melainkan buaya tersebut berdendam dan buaya yang dah makan ataupun rasa daging manusia sekali , Dia akan jadi ketagih dengan daging manusia. Kerana itulah buaya yang telah membaham manusia perlu diseru dan dihukum bunuh dengan pawang buaya atas kesalahan mereka...

Biasanya yang kena baham ni orang yang selalu berkata dan besar dan angkuh , Termasuklah pawang-pawang yang suka berlagak dan menunjuk-nunjukan kebolehannya untuk mendapat perhatian dan pujian orang ramai , Akhirnya mereka sendiri mati dibaham buaya walaupun mereka pawang buaya. 

Sesungguhnya alam mempunyai hukum dan persefahaman antara sesama makhluk.Persetujuan serta keseimbangan dalam menjalani tata kehidupan jugak perlu di pertahankan sesuai dengan kehidupan orang melayu semenjak dahulu yang tinggal berdekatan alam semula jadi.

Pernah tak kita semua terfikir, sejak dari dulu hingga kini sungai Pahang sentiasa dikunjungi orang ramai terutama bila tiba musim kemarau, siap mereka semua berpesta cari etok-etok di air yang cetek. Memang ramai netizen yang terserempak buaya di sungai pahang tapi buaya tersebut tak mengganggu orang.

Kalau zaman dahulu, memang banyak buaya boleh ditemui di sungai-sungai di Pahang. Misalnya, buaya di sungai Triang, saiznya MasyaAllah amatlah besar, tapi yang paling menghairankan, ia tak menganggu dan membaham manusia. Bukan buaya di sungai Pahang tak suka makan daging orang, cuma buaya-buaya ini sebenarnya telah di larang keras sama sekali untuk memakan orang (dengan izin Allah)

Siapakah yang melarang buaya tersebut dari membaham penduduk yang turun ke sungai di Pahang dengan membuat perjanjian dengan buaya , Beliau adalah Pawang Kader, seorang pawang yang disegani dan dikenali di Pahang terutama sekali di kawasan Bera, Temerloh, Jerantut dan lain-lain.

Nama sebenarnya adalah Haji Abdul Kader bin Haji Awang manakala ibunya bernama Fatimah binti Haji Pin. Beliau dilahirkan pada tahun 1907 di Kampung Guai, Temerloh/Bera. Meninggal dunia pada tahun 1987 sewaktu berusia 80 tahun. Beliau boleh dianggap sebagai pawang besar kerana selalu digunakan khidmatnya. 

Kebolehannya dalam menjinakkan dan mengarahkan buaya-buaya di Pahang adalah amat diluar logik akal manusia. Jasa beliau turut besar dalam hal keselamatan nyawa penduduk kampung mahupun orang asli di sepanjang sungai Pahang. malah penglibatan beliau tidak dapat disangkalkan lagi.

Pernah terjadi ada seorang orang asli di Tasik Chini telah dibaham buaya dan sempat menyelamatkan diri, kemudian pawang kader telah memanggil buaya itu (dengan cara tertentu) dan kemudian yang amat menghairankan lagi buaya itu datang dan beliau menghukum bunuh buaya tersebut kerana bertindak agresif terhadap manusia. Peristiwa ini disaksikan oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian pelik itu, termasuklah mangsa yang digigit buaya tersebut.

Nama-nama seperti Pawang Kader, Pawang Nong, Pawang Ismail dan ramai lagi pawang di pahang ini mungkin tidaklah segah nama pahlawan-pahlawan terbilang yang lain. Tetapi jasa mereka kepada bangsa Melayu tak sepatutnya kita lupakan. Kisah mereka juga patut dibukukan supaya nama-nama mereka terus segar dalam ingatan sebagai orang-orang yang pernah berjasa kepada tok nenek moyang kita.

Ada banyak lagi kisah-kisah berkaitan buaya terutamanya di sarawak, johor, perak dan sabah. Namun cukuplah sekadar ini dahulu , Ingat bila kat sungai jangan suka cakap besar , Lagi satu perlu diingatkan buaya bukan semuanya normal , Maksud saya ada segelintir buaya terutamanya buaya yang tua dan besar mempunyai pemilik dari bukan alam kita. Ada juga buaya jelmaan dan sumpahan. 

Apapun Sentiasalah berdoa memohon perlindungan kepada Allah Ta'ala , Kerana Allah Maha Kuasa dan makhluk tiada kuasa. Allah pentadbir sekalian alam dan tiada perkara yang tidak ketahui oleh Allah.

*Gambar sekadar hiasan.


Kredit: Tengku Daeng Mawelle

Comments